Wednesday 19 October 2011

Bukti Cinta Kepada Rasulullah SAW Bukan Sekadar Ucapan Di Bibir .




” Rasulullah saw diutuskan oleh Allah ke dunia ni untuk memimpin umat manusia ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat… Kita kena sentiasa ingat bahwa Baginda Rasul adalah rahmat yang tak ternilai harganya untuk kita dan sekelian alam sebagaimana Allah ada menyebut di didalam surah Al-Anbiya ayat 107  ’ Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam’ ”
Cantik sungguh mukaddimah Ustaz ketika memberikan tazkirahnya. Kandungan tazkirah kali ini lebih menjuruskan kepada memperingati keperibadian dan juga pengorbanan Rasulullah SAW bertepatan dengan keadaan waktu ini yang mana kita berada di bulan kelahiran Baginda Rasul.
” Masyarakat kita memang tak boleh lawan dalam hal memperingati kelahiran Rasulullah SAW. Kalau tengok pada Majlis Maulid tu sampai berbulan-bulan masih ada yang buat lagi… Cuma ada satu persoalan.. dari sudut kesanggupan mengadakan majlis Maulidur Rasul saya akui..memang kita nampak hebat tapi bagaimana pula penghayatan kita.. rasanya apakah ianya sehebat majlis yang kita laksanakan saban tahun tu?”
Persoalan tu mungkin dijawab perlahan di dalam hati oleh para jemaah termasuk aku.. “tak cukup hebat..”. Bukti kasih kita kepada Rasulullah bukan setakat kemampuan mengadakan majlis Maulid yang masih diperdebatkan oleh beberapa ulama salafi perihal  isu bid’ah amalan itu tetapi sejauh mana kita mengambil pengajaran dari pusaka tinggalan Baginda iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Bila mengenangkan segala tindak tanduk kita sekarang ini tidak langsung membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah saw. Terkadang mulut dan hati itu sendiri terkunci untuk berselawat ketika nama Baginda disebut. Apa benarkah kita sebenar-benarnya mengakui ‘Muhammad itu Pensuruh Allah’ sebagaimana terkandung di dalam lontaran syahadah dibibir kita?
Rasa Cinta dan kasih kepada Baginda Rasul sepatutnya direalisasikan di dalam kehidupan seharian. Terlalu banyak contoh teladan yang ada pada diri Rasulullah itu untuk kita ikuti sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang).”
Antara sifat dan Amalan Rasulullah yang boleh kita contohi ialah:
Sentiasa bersifat benar dan amanah dalam menyampaikan perintah Allah SWT
Sentiasa menunjukkan rasa hormat pada teman
Sentiasa menzahirkan kasih sayang serta menghargai anak-anak yatim, fakir dan orang miskin.
Sentiasa menjauhkan diri dari bercakap bohong, dengki, khianat, mencaci, bakhil dan malas.
Ah..! terlalu banyak sebenarnya itu disenaraikan.
” Kenangilah perjuangan Rasulullah dalam usaha menyampaikan Syiar Islam bagi mengeluarkan seluruh umat manusia dari kegelapan. Jangan hanya mengenang 12 Rabiuawal itu adalah hari cuti sahaja.. itu dah kes berat tu.. cerah masa depan..” Ingatan ustaz di penghujung tazkirahnya
Buktikan kasih kita kepada Baginda bukan sekadar ucapan yang hanya indah di bibir. Sebagai umatnya marilah kita sama-sama membanyakkan selawat ke atas  Rasulullah SAW.
Moga kita semua peroleh syafaat Baginda di akhirat kelak. Amin..

No comments: