Saturday, 8 October 2011

Kasih dan Pengorbanan Ibu Bapa


Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang manusia. Pengorbanan seorang ibu, pengorbanan seorang ayah, pengorbanan seorang cikgu dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak atau orang lain. Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar untuk melupakannya. Susah payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara

Pengorbanan ibu yang paling tinggi. Janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita. Dia telah mengandung kita. Bukannya sekejap, sembilan bulan kita di dalam kandungan, dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya. Dia melahirkan kita, menyusukan kita. Amat tinggi pengorbanannya. Semasa kita kecil, ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita. Kalau boleh nyamuk seekor pun tak mahu gigit kita. Dijaga, dibelai. Pengorbanan ibu membawa ke syurga merupakan pepatah yang sesuai bagi kita sebagai anak menjunjungnya

Bapa kita punyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan ibu. Bapa kita telah membesarkan kita. Dia telah bersusah payah membesarkan kita walaupun kesempitan hidup membayangi kehidupan mereka. Teringat akan kisah ibu bapa saya ketika mereka membesarkan anak sulung mereka, kakak saya. Ketika itu, abah yang kami panggil, masih belajar di Universiti Malaya dan mama saya yang hanya menjadi suri rumah bersusah payah membesarkan anaknya. Mereka menjual ABC di depan kawasan rumah tok saya di Kota Bharu. Mereka juga mendapatkan upah dengan membeli makanan ayam (dedak) dari datuk saya. Selain itu, mereka juga pernah mencari botol-botol, tin-tin untuk dijual di tempat besi buruk.

Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan untuk membesarkan kita, anak-anak. Kita sebagai anak wajib membalas akan pengorbanan mereka walaupun sebenarnya kita tidak akan mampu membalasnya. Percayalah Allah pasti membalasnya kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

No comments: